Surau As Syakirin, Taman Tanjung Minyak Jaya 18

Surau Assyakirin terletak di Taman Tanjung Minyak, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Surau ini telah dibina pada tahun 2012.

Mampu menampung kira - kira 100 orang jemaah. Pelbagai aktiviti dijalankan di surau seperti kuliah mingguan, bacaan Yassin, bacaan Taalim, kenduri doa selamat serta program tahunan seperti Majlis Hari Raya Aidilfitri, Program Qurban dan Ceramah Tahunan.

Pihak Jawatankuasa Surau tahun 2023 telah merangka beberapa program naik taraf surau seperti;

1. Pembinaan tandas & bilik wuduk wanita
2. Kerja naik taraf dapur
3. Penukaran karpet utama surau
4. Pembinaan menara azan
5. Program kerohanian surau

Semua aktiviti dan info berkaitan surau boleh di rujuk kepada page facebook surau iaitu:

1. Facebook Page Surau As Syakirin

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by